Medan penentu adakah BN boleh menang tanpa Pas
Iklan
Tiada siapa dapat menyangkal BN/ UMNO kembali bangkit selepas tewas teruk dalam PRU14 apabila mendapat sokongan Pas. Persoalannya, adakah BN boleh menang tanpa rakan dengan logo bulan itu.
SHAH ALAM - Pengumuman Barisan Nasional (BN) bergerak solo dalam mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini bakal menguji sejauh mana rakyat negeri tersebut masih bersama parti Melayu tertua itu.
Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Kartini Aboo Talib@Khalid berpandangan, PRN Melaka boleh dianggap medan ujian besar buat BN selepas sebelum ini banyak kemenangan dalam pilihan raya kecil diraih bersama-sama Pas.