Mampukah Ismail Sabri damaikan parti-parti kerajaan di Melaka
Iklan
Di bahu Ismail Sabri (tengah) kini terletak beban besar dalam usaha memenangkan BN di Melaka, tetapi beliau juga perlu memastikan kerajaan Pusat tidak bercakaran.
Menjadi Perdana Menteri tetap bukan Presiden UMNO, menjadi satu cabaran kepada Ismail Sabri dalam menjaga hubungan baik parti-parti kerajaan, tetapi pada masa yang sama 'bermusuh' di Melaka
TUMPUAN rakyat Malaysia kini terarah di negeri bersejarah Melaka berikutan pilihan raya negeri (PRN) yang bakal diadakan pada 20 November ini.
Pagi ini, parti-parti politik dilihat akan memasuki gear dua PRN Melaka dengan membuat pengumuman calon-calon daripada parti masing-masing.