Berani dikecam isu kemiskinan haid
Iklan
Nurul Ashikin berpandangan bahawa kerajaan sepatutnya memudahkan semua wanita ada akses kepada tuala wanita, kawal harganya dan mendidik masyarakat tentang isu ini agar tidak ada stigma malu untuk bercakap berkenaan haid.
[MUKADIMAH] Isu kemiskinan haid bukanlah sesuatu yang biasa didengari dan ramai yang tidak mengerti maksud sebenar permasalahan tersebut termasuklah dalam kalangan sesetengah wanita sendiri.
Kemiskinan haid tidak terhad kepada masalah akses kepada tuala wanita sahaja, sebaliknya ia meliputi isu yang lebih luas dan serius apabila bersangkut paut dengan bagaimana seseorang wanita itu menjaga kebersihan diri dalam tempoh ‘datang bulan’.