PRN Melaka: Calon muka baharu UMNO masih kunci mulut
Iklan
Terdapat sembilan orang calon muka baharu yang telah diberikan pertimbangan oleh UMNO untuk merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada PRN Melaka nanti.
SHAH ALAM- Teka-teki siapakah calon yang akan bertanding mewakili UMNO dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini hampir terjawab susulan tersebarnya senarai nama 14 calon parti berkenaan baru-baru ini.
Lebih menarik, terdapat sembilan orang calon ‘muka baharu’ yang telah diberikan pertimbangan oleh UMNO untuk merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.