Memahami peranan diplomasi
Iklan
Mungkin IDFR boleh membuat kajian bagi mengenal pasti produk negara yang mempunyai potensi untuk diangkat sebagai budaya popular yang kita jadikan sebagai peluru-peluru halus dalam usaha diplomatik dan hubungan antarabangsa. - Foto 123RF
TUJUAN utama kita membuka pejabat kedutaan dan menghantar diplomat ke seluruh dunia adalah untuk menjaga hubungan dua hala antara dua buah negara yang bersahabat.
Selain itu, pejabat kedutaan juga berperanan menjadi mata dan telinga kepada negara kita untuk melihat potensi peluang perniagaan dan pelaburan untuk ahli perniagaan kita di luar negara.