Abdul Hadi, Tuan Ibrahim menang tanpa bertanding
Iklan
Abdul Hadi dan Tuan Ibrahim berjaya mengekalkan jawatan yang disandang dalam Pas.
Masing-masing mengekalkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Pas yang disandang sebelum ini.
SHAH ALAM - Datuk Seri Abdul Hadi Awang kekal menyandang jawatan Presiden Pas apabila disahkan menang tanpa bertanding pada pemilihan Muktamar Pas ke-67 sesi 2021-2023, kata Datuk Takiyuddin Hassan.
Setiausaha Agung Pas itu berkata, turut mengekalkan jawatan ialah Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man susulan tiada siapa yang bertanding mencabar kedudukan beliau sebagai Timbalan Presiden parti.