PRU15 belum tentu lagi guna lambang PN
Iklan
Keputusan Pas menggunakan lambang PN pada PRN Melaka bukan isyarat ketetapan sama digunakan parti itu bagi menghadapi PRU15.
SHAH ALAM - Keputusan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat meluluskan penggunaan lambang Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hanya tertakluk kepada keperluan semasa parti semata-mata dan bukan bayangan pendirian Pas dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ketua Penerangan Pas, Kamaruzaman Mohamad berkata, penggunaan lambang PN belum tentu akan digunakan pada PRU15 memandangkan perkara itu akan dibincangkan semula Pas mengikut situasi politik dan keperluan parti pada masa itu.
Kamaruzaman