Cadang tubuh Jabatan Pendakwa Syarie Negara
Iklan
Jabatan Pendakwa Syarie Negara yang dicadangkan akan berfungsi setaraf dengan Jabatan Peguam Negara
Jabatan dicadangkan itu perlu berfungsi setaraf dengan Jabatan Peguam Negara
SHAH ALAM - Kerajaan perlu menubuhkan Jabatan Pendakwa Syarie Negara bagi memperkasakan peranan pendakwa syarie dan penguat kuasa agama, seterusnya memperhebatkan lagi fungsi institusi syariah di negara ini.
Presiden Pertubuhan Pengamal Undang-undang Hak Asasi Manusia Malaysia (ProGuam), Noorazmir Zakaria berkata, dengan inisiatif tersebut, Jabatan Pendakwa Syarie Negara akan berfungsi setaraf dengan Jabatan Peguam Negara.