Dron mampu cegah penyeludupan ketum di sempadan negara
Iklan
Ramli menunjukkan rampasan daun ketum yang berjaya dipatahkan pihaknya dengan bantuan dron di Perlis pada September lalu.
BUKIT KAYU HITAM - Penggunaan dron membantu pihak berkuasa meningkatkan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand berhampiran Kedah dan Perlis.
Ia dapat dilihat menerusi kejayaan mematahkan dua aktiviti penyeludupan daun ketum dengan menggunakan teknologi berkenaan pada September lalu.