Padah Menteri Lubnan terlajak kata
Iklan
Arab Saudi bertindak mengusir keluar duta Lubnan dalam perbalahan terbaru melibatkan kedua-dua negara.
RIYADH - Pada Jumaat lalu, Lubnan yang sedang mengalami krisis kewangan dan ketidakstabilan politik menerima kejutan apabila Arab Saudi dan Bahrain bertindak mengusir keluar duta dari negara tersebut.
Tindakan itu dilakukan selepas seorang bekas pengacara televisyen, George Kordahi yang kini merupakan Menteri Komunikasi Lubnan membuat kenyataan tentang perang yang diketuai Riyadh ke atas Yemen.