Pendedahan Pandelela serius
Iklan
Semua pihak perlu mengambil serius pendedahan Pandelela tentang gangguan seksual yang dialami.
AWANG harap semua pihak ambil serius pendedahan Datuk Pandelela Rinong tentang gangguan seksual yang dialami. Tokoh Olimpik negara yang kita kagumi itu buat pendedahan mengejutkan melalui ciapan di Twitter, baru-baru ini.
Beliau mendakwa selama tujuh tahun terpaksa menderita akibat jenaka lucah oleh beberapa orang jurulatihnya.