Penantian netizen untuk RM10,000 KWSP tak kesampaian
Iklan
Ramai netizen memberi komen menanti-nanti pengumuman kebenaran pengeluaran simpanan KWSP pada Bajet 2022 petang tadi.
SHAH ALAM - Teka-teki intipati mengenai Bajet 2022 akhirnya sudah terjawab apabila Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz selesai membuat pembentangan di Dewan Rakyat sekitar jam 6 petang Jumaat.
Menariknya, ia menjadi bajet tertinggi dalam sejarah negara dengan jumlah RM332.1 bilion bagi membolehkan rakyat Malaysia mengharungi fasa pemulihan dan pengukuhan dalam situasi endemik Covid-19.