Kenderaan elektrik dapat pengecualian cukai
Iklan
Sebarang pembuatan serta pembelian EV akan mendapat pengecualian cukai daripada kerajaan sebagaimana diumumkan menerusi Bajet 2022.
KUALA LUMPUR - Kerajaan bercadang untuk memberikan pengecualian sepenuhnya ke atas duti import, duti eksais dan cukai jualan terhadap pemilikan kenderaan elektrik (EV) bermula tahun hadapan.
Menteri Kewangan, Senator Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, hal ini kerana kerajaan melihat potensi EV yang memiliki ciri-ciri kenderaan menggunakan tenaga efisien sebagai usaha meminimumkan pencemaran asap kenderaan ke udara.