UMNO, Bersatu guna lambang 'bulan', AJK Pas anggap pandangan peribadi
Iklan
Tuan Ibrahim mencadangkan UMNO dan Bersatu menggunakan lambang 'bulan' bagi menghadapi PRN Melaka pada 20 November hadapan.
Isu penggunaan lambang antara UMNO, Pas dan Bersatu dalam PRN Melaka semakin hangat diperkatakan
SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggunakan lambang parti itu iaitu 'bulan' bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) Melaka pada 20 November hadapan.
Saranan itu dikemukakan kerana Menteri Air dan Alam Sekitar itu berpandangan semua parti Melayu berkenaan sudah bersetuju untuk bekerjasama dengan Pas.