Lelaki terkaya makin kaya kerana kereta elektrik
Iklan
Elon Musk terus menjadi lelaki paling kaya di dunia ekoran peningkatan nilai saham dalam syarikat pengeluar kenderaan elektrik itu. - Foto AFP
PADA Isnin lalu, saham Tesla di bursa saham Nasdaq, Amerika Syarikat (AS) melonjak naik kira-kira 13 peratus menyebabkan harga satu unit sahamnya melebihi AS$1,000 (RM4,151) sekali gus mengakibatkan nilai kekayaan pengasas bersama syarikat kenderaan elektrik itu, Elon Musk turut meningkat.
Ini menjadikan anggaran kekayaan Musk yang telah pun bergelar sebagai bilionair paling kaya di dunia itu bertambah sehingga menjadi lebih AS$280 bilion (RM1.16 trilion) dalam minggu ini.