Lambang pilihan raya dasar parti, Muhyiddin tidak wajar tentukan: Dewan Ulama Pas
Iklan
Muhyiddin Yassin (tiga, kiri) menegaskan koalisi PN akan bertanding di keseluruhan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Melaka.
Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat minta Pas kaji penggunaan lambang parti pada PRN Melaka
SHAH ALAM - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak wajar membuat keputusan sendiri dalam menentukan lambang pilihan raya yang akan digunakan oleh parti-parti dalam koalisi itu termasuk Pas.
Sebaliknya, Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berpandangan keputusan penggunaan lambang pilihan raya sepatutnya ditentukan sendiri oleh parti-parti dalam koalisi PN kerana perkara itu berkaitan dengan dasar parti.