Tempahan tiket MAS naik 1,000 peratus
Iklan
Malaysia Airlines menerima kenaikan tempahan tiket sehingga 1,000 peratus.
SHAH ALAM - Mimpi ngeri syarikat-syarikat penerbangan kini semakin berakhir apabila masing-masing mula menerima tempahan luar biasa daripada segenap lapisan masyarakat Malaysia susulan kebenaran aktiviti merentas negeri dan negara.
Syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines (MAS) mengakui syarikat itu mencatatkan peningkatan sehingga 1,000 peratus dalam tempahan penerbangan di dalam negara.