Bingkisan doa buat majikan
Iklan
Kita jangan lupa bahawa kita hanyalah manusia yang berusaha. Hasilnya ditentunya oleh Yang Maha Mengatur. - Foto 123RF
KITA sedang menuju ke fasa endemik. Kita lega bila berkurangnya penularan Covid-19. Jumlah yang menerima vaksinasi sepenuhnya pada Oktober 2021 telah melebihi 80 peratus dan kita telah mencapai herd immunity.
Apabila kian banyak negeri meningkatkan fasa dan merentas negeri serta melancong dibenarkan, maka kita semua berharap kehidupan kita kembali seperti asal.