Politik Sudan dihambat huru-hara
Iklan
Sudan kembali ke dalam krisis politik selepas negara itu bergolak pada tahun 2019. - Foto AFP
POLITIK Sudan kembali tidak stabil selepas Presidennya sebelum ini, Omar al-Bashir ditangkap oleh pihak tentera sekali gus menamatkan pemerintahannya selama kira-kira 30 tahun pada April 2019.
Pemerintahan juga berakhir disebabkan oleh tunjuk perasaan rakyat negara itu ekoran kenaikan harga roti tetapi kemudian bertukar menjadi tuntutan yang meminta kerajaan melakukan banyak perubahan.