Yatim Covid-19: Remaja 17 tahun jadi pengganti ayah
Iklan
Faris Danial mengalirkan air mata lelakinya apabila menceritakan kisah kehidupan keluarganya selepas kehilangan ayah kerana Covid-19 - Photo: Mohd Halim Abdul Wahid
SHAH ALAM - Seorang remaja berusia 17 tahun terpaksa menggalas tanggungjawab ketua keluarga selepas bapanya meninggal pada bulan lalu akibat Covid-19.
Faris Danial Syahrul Nizam, 17, berkata, sebagai anak sulung lelaki, dia harus menjadi tonggak keluarga dan melaksanakan amanat arwah ayah yang telah dipesan kepadanya.