Bantulah Majlis Peguam Syarie
Iklan
Kerajaan perlu cakna dan memberi perhatian kepada keperluan Peguam Syarie Wilayah Persekutuan dalam menubuhkan Majlis Peguam Syarie mereka. - Foto 123RF
AKTA Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) telah diluluskan di Dewan Negara pada 31 Julai 2019. Ia merupakan sejarah panjang perjuangan untuk menubuhkan sebuah Majlis Peguam Syarie di peringkat Persekutuan, setara dengan Majlis Peguam bagi rakan-rakan sivil mereka.
Walaupun hajat itu belum kesampaian kerana Majlis Peguam Syarie hanya boleh ditubuhkan di peringkat Wilayah-Wilayah Persekutuan sahaja apabila ia dikuatkuasakan, namun ia adalah permulaan yang baik.