Pertarungan para singa di Melaka
Iklan
Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan pada 4 Oktober bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan. - Foto Bernama
SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 20 November ini sebagai sebagai tarikh berlangsungnya pilihan raya bagi memilih ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.
Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka diadakan susulan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali telah hilang sokongan majoriti DUN Melaka.