Hilang aset negara susah diganti
Iklan
Walaupun dasar liberal pemilikan tanah dan harta membantu perkembangan ekonomi Malaysia tetapi kita menghadapi risiko kehilangan pemilikan dan kawalan ke atas aset strategik. - Foto 123RF
DARIPADA sebuah negara ekonomi harimau yang disanjung dan dicemburui hanya dua dekad lalu, kita kini diancam kemungkinan menjadi harimau tanpa taring, kuku dan belang.
Sebab itulah pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, cabaran memilih sebuah kerajaan baharu dan barisan kepimpinan yang dinamik sangat penting.