M40 wajar dapat pelepasan cukai istimewa
Iklan
Sebahagian besar rakyat berharap kerajaan akan mengumumkan insentif cukai yang menarik dalam Bajet 2022.
SHAH ALAM - Kumpulan M40 khususnya mereka yang terjejas pendapatan ekoran pandemik Covid-19 wajar diberi pelepasan cukai pendapatan istimewa oleh kerajaan dalam Bajet 2022.
Inisiatif berkenaan akan meningkatkan pendapatan boleh guna golongan itu ketika tempoh pemulihan ekonomi negara sekali gus mengurangkan bebanan mereka.