Apa nasib PMKS jika Malaysia sertai CPTPP?
Iklan
CPTPP adalah satu perjanjian yang dijenamakan semula oleh negara anggota Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) selepas Amerika Syarikat (AS) mengambil keputusan menarik diri daripada TPPA pada 2017. - Foto EPA
PADA 8 Mac 2018, Malaysia telah menandatangani perjanjian perdagangan bebas bersama 10 negara lain menerusi Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).
CPTPP merupakan satu perjanjian yang dijenamakan semula oleh negara anggota Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) selepas Amerika Syarikat (AS) mengambil keputusan untuk menarik diri daripada TPPA pada 2017.