Satu per empat penganggur Malaysia ialah graduan
Iklan
Graduan antara tahun 2019 hingga 2021 berdepan cabaran paling besar memasuki alam pekerjaan akibat lambakan siswazah dan peluang pekerjaan yang berkurangan.
SHAH ALAM - Siswazah lepasan universiti dan kolej di Malaysia melalui cabaran paling hebat memasuki alam pekerjaan dua tahun ini apabila selain berdepan dengan isu lambakan graduan, badai pandemik Covid-19 menyebabkan peluang pekerjaan semakin mengecil.
Statistik Tenaga Buruh oleh Jabatan Perangkaan Malaysia baru-baru ini mendapati bilangan penganggur di negara ini tidak banyak berubah antara suku pertama iaitu 771,800 orang dan suku kedua 764,900 orang.