Penganggur patut cemburu
Iklan
Muhammad Zahid (kanan) bersama rakan-rakan menganggap kerjaya sebagai pekerja ladang mempunyai masa depan yang cerah. Gambar kecil dari kiri: Mohd Azrul, Mohd Farid Fadzil
TELUK INTAN - Golongan yang tidak bekerja atau sedang menganggur terutama lelaki muda perlu mengambil peluang bekerja dalam sektor perladangan kerana keadaan sudah tidak seperti dahulu.
Bagi seorang pekerja Seri Intan Estate, di sini, Muhammad Zahid Azhar, 25, peluang bekerja dalam sektor perladangan harus direbut kaum lelaki demi mendapatkan pengalaman apatah lagi gaji yang ditawarkan agak lumayan.