Malaysia rugi RM39 bilion kurang penuai sawit
Iklan
Seramai 736,111 pekerja ladang diperlukan oleh sektor perladangan kelapa sawit di Malaysia.
Persatuan Pemilik Ladang Malaysia dakwa hasil tuaian sawit kurang kerana tiada pekerja
SHAH ALAM - Sektor perladangan kelapa sawit negara dianggarkan mengalami kerugian sebanyak RM39 bilion sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada tahun lalu akibat kekurangan pekerja terutama untuk kerja-kerja penuaian hasil.
Presiden Persatuan Pemilik Ladang Malaysia (MEOA), Jeffrey Ong berkata, daripada jumlah itu, kira-kira RM26 bilion kerugian dialami tahun ini ketika harga komoditi itu sedang tinggi di pasaran dunia.