Selepas lompat parti, Malaysia juara aktiviti bocor audio pemimpin?
Iklan
Penyebaran audio perbualan mirip suara Idris Haron dan Ismail Sabri adalah isyarat sistem komunikasi dan keselamatan siber negara perlu diperkukuhkan segera.
SETELAH Malaysia dikenali dunia dengan trend wakil rakyat lompat-melompat parti dan jatuh-menjatuhkan kerajaan tidak sampai sepenggal tempoh pentadbiran negara.
Kini, politik tanah air dijangkiti penyakit barah baharu yang berleluasa selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14) iaitu fenomena kebocoran audio percakapan pemimpin utama negara menerusi panggilan telefon dan aplikasi sosial kepada umum.