Guna gigi selesai misteri
Iklan
Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor gigi secara berkala bagi memastikan kesihatan gigi yang optimum. Gambar kecil: Nor Atika
KITA mungkin pernah terlihat berita di akhbar atau media digital berkaitan penemuan rangka manusia di lokasi jenayah, di belakang deretan kedai, di rumah usang yang tiada penghuni, di kawasan bencana mahupun di tengah hutan.
Kadangkala, penemuan tersebut hanya dapat mengesan tengkorak tanpa tulang rangka yang lain dan tiada peninggalan milik mangsa seperti pakaian atau apa-apa barangan peribadi untuk tujuan siasatan.