Impak Taliban 2.0 terhadap geopolitik serantau
Iklan
Beberapa negara jiran seperti Pakistan, China dan Turki sudah memulakan langkah berbaik-baik dengan kerajaan Taliban2.0. Gambar kecil: Mohd Mizan Aslam
Negara Pakistan, China, Turki paling awal jalinkan hubungan dengan kerajaan Taliban 2.0
SHAH ALAM - Transisi kuasa di Afghanistan yang menyaksikan kemunculan semula kerajaan Taliban bukan sahaja memberi impak kepada lebih 39 juta penduduknya, bahkan juga hubungan republik itu di peringkat antarabangsa.
Menurut Pensyarah Kajian Strategik & Anti-Keganasan Universiti Malaysia Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Mizan Aslam, di sebalik persoalan, sama ada rakyat Afghanistan sedia atau tidak menerima pemerintahan Taliban 2.0, satu perkara yang pasti adalah penubuhan kerajaan interim itu mempunyai impak terhadap geopolitik serantau.