Saya tidak ada kuasa lulus status tanah projek tambak laut: Idris Haron
Iklan
Idris menafikan surat pertukaran status hak milik tanah laut yang ditambak untuk pembangunan Melaka Gateway yang tular di media sosial adalah merupakan surat kelulusan daripada kerajaan negeri. Gambar kiri: Idris Haron
SHAH ALAM – Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron membidas pihak yang melaporkan dakwaan salah laku beliau kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sewaktu menjadi Ketua Menteri Melaka.
Laporan SPRM itu dipercayai berhubung isu pemberian status freehold (pegangan bebas) bagi sebidang tanah untuk projek tambakan laut sekitar tahun 2014 dan 2015 yang tular di media sosial sebelum ini.