Polemik sengaja tolak vaksin
Iklan
Pihak yang tidak mahu mengambil vaksin Covid-19 akan meningkatkan risiko mereka terkena penyakit dan ia turut membawa risiko kepada orang lain.
SHAH ALAM – Pakar kesihatan bersetuju agar pihak yang sengaja menolak pemberian vaksin perlu membayar sendiri kos rawatan jika didapati memasuki hospital disebabkan Covid-19.
Pakar kesihatan awam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, ini kerana kerajaan telah menawarkan pemberian vaksin secara percuma kepada orang ramai.