China mendahului perlumbaan ke angkasa lepas
Iklan
Roket Long March 2F yang membawa kapal angkasa Shenzhou-13 berlepas dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di Gurun Gobi, Inner Mongolia pada awal pagi Sabtu lalu. - Xinhua
BEIJING - Program angkasa lepas China semakin pesat berkembang sejak Pentadbiran Angkasa Lepas Kebangsaan negara itu melancarkan roket Long March 1 untuk menghantar sebuah satelit mengelilingi bumi pada tahun 1970.
Ketika itu misi negara berkenaan ke angkasa lepas masih ketinggalan dari Amerika Syarikat (AS) yang sudah menempa sejarah apabila berjaya menghantar dua angkasawan ke bulan pada Julai 1969.