Pelaburan, pelancongan Afghanistan masih samar
Iklan
Seorang peniaga menjual buah anggur menunggu pelanggannya di tepi jalan di daerah Kunduz. - AFP
KUALA LUMPUR - Prospek pelaburan asing di Afghanistan bergantung kepada kemampuan kerajaan baharu Taliban mewujudkan persekitaran kondusif untuk pelabur berpotensi.
Berdasarkan data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sejak dua tahun lalu tiada pengumuman tentang greenfield investments melibatkan perniagaan asing menubuhkan syarikat baharu bermula dari bawah di Afghanistan.