Guna AI pantau pelanggaran SOP
Iklan
Kerajaan disaran menggunakan teknologi kejuruteraan masa depan untuk memantau pelanggaran SOP serta mengukur pengurusan risiko. - Foto 123RF
SEPANJANG minggu ini lagu ‘Balik Kampung’ dendangan Allahyarham Sudirman bergema di segenap pelosok seluruh negara. Penulis tidak terkecuali menerima berpuluh WhatsApp menyelitkan lagu ‘Balik Kampung’ daripada teman dan taulan.
Ada juga yang menghantar gambar menunggu detik 12.01 tengah malam tanggal 11 Oktober lalu untuk balik kampung. Selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kebenaran rentas negeri tanpa surat polis, ramai mengambil keputusan pulang bercuti di kampung sekali pun negara masih bergelut menentang Covid-19.