Janji Menteri, DBKL belum sempurna
Iklan
Jalan berlubang di Jalan Pahang berhampiran Hospital Kuala Lumpur yang belum dibaiki.
KUALA LUMPUR - Janji Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menyelesaikan masalah jalan berlubang dalam tempoh 24 jam nampaknya belum dapat disempurnakan dengan sepenuhnya.
Berdasarkan hasil tinjauan dilakukan Sinar Harian di dua lokasi mendapati satu kerosakan jalan telah dibaiki manakala satu lagi aduan belum diambil tindakan.