Tanpa Pas, UMNO bakal hilang banyak kerusi di Melaka
Iklan
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka yang juga Pengerusi Barisan Nasional Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (duduk, kanan) bersama ADUN yang turut hadir pada sidang media mengenai kemelut politik semasa. - Foto Bernama
SHAH ALAM - Seorang veteran UMNO menjangkakan parti itu bakal kehilangan lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka kali ini sekiranya keputusan tiada lagi kerjasama Muafakat Nasional (MN) dimuktamadkan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, pada Khamis.
Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Muhammad Khir Toyo berkata, kebimbangan itu berlandaskan asas kejatuhan kerajaan Melaka diterajui UMNO sendiri sebelum ini adalah berpunca daripada kes perselisihan antara bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron dan Speaker DUN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.