Ekonomi Malaysia kembali bernafas
Iklan
Kerajaan benarkan aktiviti rentas negeri tanpa perlu mendapat kebenaran Polis Diraja Malaysia bermula Isnin selepas kadar vaksinasi dewasa negara melebihi 90 peratus.
SHAH ALAM - Ekonomi negara dijangka lebih baik susulan pengumuman kerajaan membenarkan rakyat Malaysia melakukan pergerakan rentas negeri bermula Isnin.
Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ia berikutan sebahagian besar perbelanjaan pelancongan domestik adalah untuk membeli-belah.