Taiwan enggan tunduk kepada China
Iklan
Jet pejuang dan pesawat pengebom China yang didakwa menceroboh zon ADIZ. - AFP
TAIWAN tidak sesekali akan tunduk kepada Beijing dan akan meneruskan pentadbiran secara demokrasi, kata Presiden Tsai Ing-wen pada Ahad ketika China berterusan menceroboh ruang udara pulau tersebut baru-baru ini.
Taiwan yang mempunyai 23 juta penduduk sering menerima ancaman China yang mana repubulik itu menyifatkan Taiwan sebagai sebahagian daripada wilayahnya dan berikrar akan merampasnya secara paksa jika perlu.