Individu di sebalik jatuhnya dua kerajaan Melaka
Iklan
Norhizam merupakan satu-satunya ADUN di Melaka yang menjadi watak di sebalik tumbangnya dua kerajaan negeri selepas PRU14.
NAMA Datuk Norhizam Hassan Baktee, 55, bukanlah nama asing di Melaka sejak pertama kali menakluk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu pada Pilihan Raya Umum ke-14.
"Saya sangat bangga apabila saya menang di Pengkalan Batu di bawah bendera DAP,” katanya selepas memenangi kerusi berkenaan pada 9 Mei 2018.