Rusia dahului perlumbaan senjata hipersonik
Iklan
Korea Utara merupakan negara terbaharu yang mengadakan ujian peluru berpandu hipersonik pada minggu lalu. - Foto AFP/STR
TINDAKAN Korea Utara melancarkan ujian peluru berpandu hipersonik pada minggu lalu mencetuskan kebimbangan baharu tentang perlumbaan mendapatkan teknologi itu dalam bidang pertahanan.
Lebih merisaukan, bukan setakat Korea Utara, Rusia turut melakukan ujian yang sama buat pertama kalinya pada Isnin lalu.