Hanya darurat boleh halang PRN Melaka
Iklan
Tindakan seterusnya bergantung kepada SPR yang akan menjalankan peranan dan menjayakan pilihan raya memandangkan ia termaktub dalam undang-undang. Gambar kecil: Nik Ahmad Kamal
SHAH ALAM - Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan.
Pakar perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, pada masa ini, tiada siapa yang boleh menghalang PRN dibuat melainkan pengisytiharan darurat di negeri tersebut.