Kedah dijangka terus terima hujan melebihi purata
Iklan
Berdasarkan purata taburan hujan dalam tempoh 30 tahun, peningkatan dijangka melebihi 20 hingga 25 peratus untuk tiga bulan ini. - Foto Bernama
ALOR SETAR - Kedah dijangka menerima hujan melebihi purata tahunan dalam tempoh tiga bulan bermula September dan berterusan sehingga awal November.
Pengarah Meteorologi Kedah, Muhammad Khalil Ab Aziz berkata, ia berikutan fasa peralihan monsun dari Monsun Barat Daya kepada Monsun Timur Laut yang menyebabkan berlaku tiupan angin dari pelbagai hala dan berubah-ubah, selain hujan dan ribut petir.