Ketua Menteri 'tumbang', skrip jatuhkan Muhyiddin berulang di Melaka?
Iklan
Idris (dua dari kanan) mengetuai empat ADUN Melaka yang menarik diri daripada menyokong Sulaiman pada sidang media pagi tadi.
SHAH ALAM - Selepas tiga hari desas-desus kepimpinan negeri Hang Tuah, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali akhirnya dipercayai tumbang selepas hilang majoriti hari ini.
Ia berikutan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu masing-masing dua daripada UMNO, seorang daripada Bersatu dan seorang Bebas menyatakan hilang kepercayaan kepada Sulaiman berkuat kuasa hari ini.