Tidak patut kosongkan simpanan KWSP untuk pelaburan
Iklan
Penulis buku kewangan, Dr Azizul Azli Ahmad berpandangan bahawa simpanan persaraan untuk hari tua sangat penting kerana ia dapat menampung kehidupan selepas bersara, sebagai persediaan kos perubatan dan simpanan atau langkah berhati-hati untuk inflasi.
Wang persaraan adalah satu bentuk simpanan untuk kegunaan hari tua
SHAH ALAM - Segelintir masyarakat Malaysia masih tidak mengerti dan mengambil tahu tentang kepentingan simpanan persaraan pada hari tua apabila ramai yang sudah mengosongkan simpanan mereka di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selepas Covid-19.
Menurut penulis buku kewangan popular, Dr Azizul Azli Ahmad, terdapat tiga kepentingan simpanan persaraan yang memainkan peranan sangat besar untuk membantu masyarakat pada hari tua kelak.