Jangan biar RMK12 dimonopoli elit
Iklan
Ismail Sabri (kanan) bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed menunjukkan dokumen RMK12 di Bangunan Parlimen pada Isnin. -Foto Bernama
BAHAYA Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) dilarikan dan dimonopoli oleh kelompok elit tidak boleh dipandang ringan kerana dalam suasana paling sempurna pun, majoriti kumpulan sasar masih tercicir dan ketinggalan.
Ancaman terhadap RMK12 menjadi lebih besar kerana kita berada dalam keadaan di mana kerajaan tidak mempunyai keabsahan yang jelas disebabkan tidak melalui proses demokrasi pilihan raya yang kita amalkan.