Penjenayah minyak masak subsidi
Iklan
Usaha dan operasi berterusan dijalankan KPDNHEP Selangor dalam membanteras kegiatan penyelewengan minyak masak bersubsidi. FOTO: ROSLI TALIB
MENGAUT keuntungan berganda dengan hasil penyelewengan minyak masak bersubsidi. Itu antara taktik sindiket penyelewengan minyak masak bersubsidi yang berjaya dikesan di beberapa kawasan di sekitar negeri ini.
Malah ada sindiket yang dikesan membeli pada harga subsidi RM2.50 bagi sepeket minyak sebelum menjual semula dalam bentuk botol dengan harga sehingga RM7.50 ke RM8.