Antivaksin tetap tidak boleh ‘dine-in’ di semua fasa PPN
Iklan
Rohaimi (kanan) membuat pemeriksaan bagi memastikan pelanggan di salah sebuah restoran pada Rabu mendapat suntikan penuh dua dos vaksin iaitu antara syarat SOP baharu 'dine-in'.
SHAH ALAM - Kebenaran ‘dine-in’ atau makan di restoran dan premis-premis lain masih terhad kepada individu yang lengkap vaksinasi Covid-19.
Peraturan itu tetap terpakai di semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) seperti yang diperjelaskan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.