Diplomasi tebusan antara China, Kanada dan AS
Iklan
Syarikat Huawei ialah gergasi teknologi komunikasi dari China. - Foto AFP
PEMBEBASAN Ketua Pegawai Eksekutif Huawei, Meng Wanzhou baru-baru ini selepas hampir tiga tahun menjalani tahanan rumah di Kanada bagi memenuhi tuntutan undang-undang Amerika Syarikat (AS) dianggap oleh para penganalisis sebagai satu tindakan 'diplomasi tebusan'.
Ini kerana selepas Wanzhou dibebaskan, kerajaan China pula membebaskan pula dua rakyat Kanada yang ditahan sejak tahun 2018 kerana dituduh melakukan intipan di negara tersebut.